Warisan pilih PBS untuk gabungan tempatan

Warisan pilih PBS untuk gabungan tempatan

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) memilih untuk bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi membentuk gabungan tempatan.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kepemimpinan di peringkat akar umbi telah menyuarakan tentang keperluan membentuk gabungan di peringkat tempatan.

“Di peringkat akar umbi, bukan hanya suara daripada luar tetapi suara dari parti kita tentang perlunya gabungan dengan parti tempatan.

“Antara yang saya lihat ialah PBS kerana saya tahu rakan-rakan kita, dahulu pun saya satu sekolah dengan Maximus (Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili) dan saya juga bersamanya dalam Kabinet dahulu.

“Di samping itu, saya kenal sebahagian pimpinan peringkat akar umbi (PBS). Saya rasa kalau itu menjadi satu pilihan, tiada masalah untuk Warisan bekerjasama dengan PBS,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Katanya, pada masa sama, Warisan terus memberi fokus kepada usaha memperkukuh parti sendiri.

“Saya tidak kisah sama ada gabungan itu antara Warisan dan PBS. Kalau tidak mahu terserah kepada mereka,” katanya.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, pada masa ini, beliau enggan mengulas tentang kemungkinan kerjasama dengan parti-parti lain.

Hasrat bekerjasama dengan PBS itu mula disuarakan pada Pada 11 Mei tahun lalu. Ketika itu, Mohd. Shafie menyatakan Warisan bersedia membentuk kerjasama dengan PBS yang merupakan parti tempatan.

Katanya, sentimen serta perjuangan mereka adalah sama iaitu perjuangan untuk menuntut hak dan kepentingan rakyat Sabah. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya