Warga emas rentung, rumah terbakar

Warga emas rentung, rumah terbakar

KEBAKARAN berlaku melibatkan dua buah rumah di USJ4, Subang, Selangor awal pagi ini, mengakibatkan seorang wanita warga emas maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang lelaki warga emas menemui ajal apabila gagal menyelamatkan diri selepas rumahnya hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Sukun, Kampung Kanchong Darat, malam tadi.

Mayat lelaki berusia 66 tahun itu ditemukan rentung dalam rumah selepas seorang wanita memberitahu anggota bomba, suaminya berada di dalam rumah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, isteri mangsa memaklumkan kepada anggota hampir sejam selepas bomba berjaya memadam kebakaran.

“Bomba menerima panggilan pada pukul 8.17 malam dan sampai di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian. Namun, selepas api berjaya dikawal pada pukul 8.43, isteri mangsa memberitahu suaminya berada dalam rumah pada pukul 9.32.

“Suaminya berada di dalam rumah berkenaan sejak petang, setelah membuat pencarian, pihak bomba menemui satu mayat lelaki dalam keadaan rentung di bahagian belakang rumah berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan ketika kejadian pasukan bomba terdiri daripada tujuh pegawai dan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting dikerahkan ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran rumah kayu itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya