Warga emas maut kereta bertembung treler

Warga emas maut kereta bertembung treler

KEADAAN kereta Proton Saga yang remuk akibat bertembung dengan sebuah treler sehingga meragut nyawa seorang warga emas di Jalan Raub-Lipis di Raub, Pahang. - IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Seorang warga emas maut manakala seorang lagi cedera akibat pertembungan dua buah kenderaan di Jalan Raub-Lipis, dekat sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan kira-kira pukul 6.10 pagi itu ialah Tan Ang Suan, 83, dari Jalan Tun Razak di sini.

Katanya, pertembungan dua kenderaan itu melibatkan kereta jenis Proton Saga dengan treler.

“Operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan Rescue Power Unit dan mangsa yang maut adalah pemandu kereta Proton Saga.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar menerima rawatan di hospital berdekatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zulfadli, operasi menyelamat menggunakan kekuatan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub seramai tujuh orang termasuk seorang pegawai. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN