Warga emas maut, basikal ditunggang dilanggar kereta di Jalan Temiang-Pantai - Utusan Malaysia

Warga emas maut, basikal ditunggang dilanggar kereta di Jalan Temiang-Pantai

SEORANG penunggang basikal maut selepas dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Temiang-Pantai, Seremban pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: SEORANG lelaki warga emas maut selepas basikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Temiang-Pantai di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, nahas berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang diri oleh seorang wanita berusia 26 tahun dari Jalan Pantai menghala ke Kajang, Selangor.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta terbabit hilang kawalan dan terbabas melanggar sebuah basikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 72 tahun di bahu kiri jalan.

“Akibat kemalangan, penunggang basikal mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Mohd. Fazley berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Siasatan lanjut masih diteruskan, pihak polis memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Inspektor Nor Fadzilah Mohd. Zainuddin di talian 016-2895801 bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya