Wanita maut kereta rempuh pacuan empat roda hilang kawalan

Wanita maut kereta rempuh pacuan empat roda hilang kawalan

KEMALANGAN membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus, Seremban malam tadi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus, di sini malam tadi.

Mangsa, Nurfurqan Norazmi, 22, beralamat di Felda Serting Hilir 4, Bandar Seri Jempol meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.05 malam melibatkan sebuah kereta Perodua Viva dipandu mangsa dan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika sebuah kereta Perodua Viva yang dipandu seorang wanita berumur 22 tahun sedang bergerak terus dari arah Seremban menuju ke arah Kuala Pilah seorang diri. 

“Apabila tiba di lokasi kejadian, datang sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton dari arah Kuala Pilah menuju ke Seremban yang hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kenderaan jenis Perodua Viva terlibat.

“Akibat kemalangan, kedua-dua mangsa tersepit dan dikeluarkan pasukan bomba yang hadir di lokasi kejadian. Namun mangsa pemandu Perodua Viva yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu sebuah lagi kenderaan mengalami kecederaan  di bahagian kaki,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.