[VIDEO] Pemandu Myvi positif dadah ditahan reman empat hari - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pemandu Myvi positif dadah ditahan reman empat hari

LAPORAN Utusan Online hari ini mengenai seorang pemandu Myvi dipercayai positif dadah sebelum hilang kawalan dan terlibat dalam kemalangan dengan lima buah kenderaan di Kilometer 243.3 PLUS arah Selatan di Seremban semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pemandu kereta Myvi ditahan reman empat hari selepas dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah sebelum terlibat dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 243.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, lelaki berusia 28 tahun itu yang merupakan penganggur dari Bandar Baru Bangi, Selangor ditahan selepas hasil ujian air kencing mendapati dia positif dadah.

RAKAMAN video kemalangan di Kilometer 243.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di Seremban semalam selepas sebuah Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan. – MEDIA SOSIAL

“Urin lelaki itu telah diambil dan didapati positif dadah dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Dia kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 9 Jun depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanda berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Sek 15(1)(a) ADB 1952.

Terdahulu, media melaporkan seorang pemandu Myvi dipercayai positif dadah sebelum hilang kawalan dan terlibat dalam kemalangan dengan lima buah kenderaan di Kilometer 243.3 PLUS arah Selatan di sini semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya