Usah terburu-buru mansuh hukuman mati mandatori - Putra 

Usah terburu-buru mansuh hukuman mati mandatori – Putra 

IBRAHIM ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa kerajaan untuk tidak terburu-buru dalam memansuhkan hukuman mati mandatori

Sebaliknya, Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemansuhan itu merupakan satu perkara serius yang perlu diteliti secara mendalam dan kajian yang lebih terperinci termasuk melibatkan pihak berkepentingan. 

Katanya, keselamatan negara dan keadilan kepada mangsa kekejaman wajib diambil kira kerana keutamaan bukan terletak untuk menyelamat si pembunuh yang melakukan kekejaman.

Ekoran itu, katanya, kerajaan perlu ambil iktibar daripada pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilakukan secara tergesa-gesa bagi tujuan mendapat sokongan politik populis berikutan kini terdapat pihak-pihak tidak lagi mempedulikan sensitiviti keagamaan dan perkauman yang menggugat keselamatan negara.

“Mengenai cadangan untuk menyerahkan kepada mahkamah membuat pilihan sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup, tentulah Hakim tidak mahu menjadi pembunuh. Yang Arif pasti cenderung kepada hukuman penjara seumur hidup. Lantaran, ia mendedahkan kepada usaha melobi atau unsur lain yang juga wajar diambil kira.

“Hukuman Mati Mandatori wajib di kekalkan bagi kes jenayah kejam yang mengakibatkan kehilangan nyawa seperti di dalam pembunuhan terancang. Melindungi penjenayah kejam yang melibatkan kematian bermakna kerajaan lebih mementingkan nasib penjenayah kejam daripada membela mangsa kekejaman. 

“Kos untuk membiayai penjenayah yang di penjara seumur hidup juga harus di ambil kira. Bayangkan jumlah dana untuk menyara ribuan penjenayah yang dipenjara seumur hidup, pastinya kos itu mencecah jutaan ringgit setiap tahun. Lebih baik lah dana yang sebesar itu diguna untuk membantu rakyat miskin atau membantu keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Tambah Ibrahim, keputusan yang tepat dan bijak perlu dibuat mengikut keutamaan pada tempatnya. 

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu mengambil contoh negara maju yang lain apabila masih mengekalkan ISA dan hukuman mati mandatori. 

“Singapura, China dan terdapat beberapa buah negara lain yang masih mengekalkan hukuman mati mandatori. Malah Negara China melaksanakan hukuman tembak sampai mati terhadap penjenayah rasuah.

“Presiden Indonesia, Jokowi baru-baru ini membayangkan untuk menggubal undang-undang hukuman mati keatas penjenayah rasuah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN