UMNO tidak ada kem Ahmad Zahid, Ismail Sabri

UMNO tidak ada kem Ahmad Zahid, Ismail Sabri

NOH OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tan Sri Noh Omar menafikan UMNO kini berpecah kepada dua puak iaitu kem yang menyokong Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan kem Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, beliau yakin perbezaan pendapat yang berlaku pada masa ini di dalam UMNO boleh diselesaikan dengan semangat kekeluargaan tanpa melibatkan anasir luar parti.

”Siapa kata ada kem, kalau dalam keluarga suami isteri pun ada berbeza pendapat, bapa dan anak pun boleh berbeza pendapat.

“Jadi dalam politik pun ada (beza pendapat), bagi saya ia perkara biasa dan perkara ini boleh diselesaikan dengan semangat kekeluargaan,” katanya selepas merasmikan penutup seminar pembangunan kapasiti kontraktor dan aplikasi pengecatan dan lapisan senibina di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman yang dilucutkan daripada jawatan ahli MT UMNO mendedahkan beberapa perkara dalaman parti itu antaranya pengakuan menandatangani Akuan Bersumpah (SD) kerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Selain itu, dikatakan terdapat pertemuan antara pimpinan UMNO di kediamannya pada Mei 2020 untuk meminta supaya Ahmad Zahid turun daripada jawatan Presiden.

Menurut Noh, sekiranya UMNO mempunyai dua kem seperti didakwa bermakna parti itu sedang mempunyai ‘perlawanan’ antara pemimpin, namun perkara itu tidak wujud.

”UMNO hanya ada satu kem, kita tidak ada kumpulan A atau kumpulan B. 

”Kalau ada kumpulan A dan kumpulan B itu maksudnya kita ada perlawanan, ini mana ada, sebarang perbezaan pendapat di dalam UMNO yang wujud pada masa ini tidak bermakna kita berpecah,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya