‘UMNO perlu sederap mara, rakyat taruh harapan tinggi’

‘UMNO perlu sederap mara, rakyat taruh harapan tinggi’

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, parti itu perlu menjadi sebuah organisasi yang sederap melangkah ke hadapan demi kebaikan agama, bangsa dan negara. 

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, ini kerana rakyat menaruh harapan tinggi kepada UMNO untuk memulihkan negara dan mengembalikan kegemilangan lalu.

Bagaimanapun, katanya, jalan terbaik untuk memulihkan negara adalah mewujudkan kembali kestabilan politik melalui proses demokrasi dengan menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memperbaiki kemakmuran yang telah dirosakkan sejak 9 Mei 2018.

“Dengan demikian UMNO perlu sederap mara ke hadapan demi aspirasi rakyat terhadap parti keramat agama, bangsa dan negara.  

“Justeru, kesetiaan dan kebersamaan sehati sejiwa para pimpinan dan akar umbi UMNO adalah paling mustahak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Menurut Ahmad Zahid, UMNO membuat ketetapan secara kolektif mengenai hala tuju terbaik untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada beberapa perhimpunan agungnya.

Oleh itu, katanya, parti itu harus fokus kepada perancangan yang direncanakan melalui suara majoriti akar umbi dan pimpinannya.

“Sebarang elemen yang mahu merencatkan haluan atas pendirian yang mencurigakan sukar untuk dikompromi.

“Presiden UMNO menggalas amanah besar untuk meneruskan apa yang telah diputuskan dan ditetapkan oleh parti.

“Bukan untuk kepentingan mana-mana pihak atau individu, sebaliknya demi masa depan rakyat, negara dan parti UMNO,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya