‘Tuduhan Sanusi terhadap UMNO menjengkelkan’

‘Tuduhan Sanusi terhadap UMNO menjengkelkan’

SHAIFUL HAZIZY ZAINOL ABIDIN dan MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO Bahagian Merbok menyifatkan tuduhan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan beberapa pemimpin Pas lain yang mendakwa UMNO mahu pilihan raya umum segera kerana ada kaitan dengan mahkamah beberapa pemimpinnya, sebagai menjengkelkan.

Timbalan Ketua Bahagiannya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ia adalah tuduhan bercakap tanpa fakta dan bukti.

“Ditegaskan tidak ada satu pun lagi prosiding mahkamah yang terhenti, terganggu atau tertunda kerana Barisan Nasional (BN) atau UMNO berkuasa selepas Pakatan Harapan (PH) tumbang. 

“Jadi adalah sangat spekulatif untuk membuat andaian bahawa mahkamah boleh sewenang-wenang diarah, diganggu dan disepak terajang untuk memastikan mana-mana pemimpin BN terlepas dari keadilan. 

“Malah, pandangan sebegitu sangat menghina dan merendah-rendahkan kebebasan, ketelusan serta kebijaksanaan institusi kehakiman negara. Seolah-olah mahkamah kita ini terlalu kerdil, takut dan tidak berpendirian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Semalam, media melaporkan, Muhammad Sanudi yang juga Menteri Besar Kedah mendakwa, Ahmad Zahid yang kini berdepan perbicaraan kes rasuah bertegas mahu mengadakan pilihan raya umum lebih awal kerana takut dipenjarakan. 

“Dia takut masuk penjara kalau PRU lambat. Talian hayat dia untuk elak masuk penjara hanyalah cuba merebut kuasa untuk memastikan kluster mahkamah dapat diselamatkan daripada hukuman melalui campur tangan kerajaan baharu,” katanya.

Tambah Shaiful Hazizy, kemerosotan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) sebahagian besarnya bukan sahaja disumbangkan oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang gagal dan tidak proaktif, tetapi juga kebimbangan para pelabur terhadap iklim politik negara yang tidak stabil dan penuh dengan ketidaktentuan. 

Katanya, ini kerana kebanyakan pelabur besar mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ kerana kerajaan boleh tumbang, dirombak atau ditukar pada bila-bila masa sahaja. 

“Keadaan ini mewajarkan pilihan raya umum segara kerana hanya dengan pilihan raya umum baharu satu kestabilan dapat dicapai. Semakin lama aliran masuk FDI tidak diuruskan dengan cekap, semakin banyak kesan domino dan masalah yang akan muncul seperti pengangguran, ketidakcukupan bekalan barangan keperluan serta inflasi. 

“Hakikat yang sering dilupakan, Perikatan Nasional bukan kerajaan yang diangkat oleh rakyat. Ia hanyalah produk kerjasama politik antara ahli-ahli Parlimen. Begitu juga situasi Kerajaan Negeri Kedah sekarang, ia bukan kerajaan yang menang menerusi mandat rakyat.

“Kita mesti memulangkan mandat pada rakyat. Itu yang terbaik dan paling menyantuni prinsip demokrasi. Ini kerana dalam perihal memulangkan mandat pada rakyat untuk memilih Kerajaan, tiada istilah cepat atau awal,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya