Trend kipas jadi makmum ditegah dalam Islam - Utusan Malaysia

Trend kipas jadi makmum ditegah dalam Islam

TANGKAP layar yang tular dalam media sosial trend kipas dijadikan makmum solat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Trend kipas dijadikan makmum solat dilihat sebagai cubaan mempermainkan dan mempersenda urusan ibadah yang suci selain gurauan yang tidak beradab.

Itu pandangan dikemukakan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) berhubung trend dilakukan anak muda bersolat bersama ‘pasangan mereka’ iaitu kipas seperti tular dalam media sosial ketika ini.

Menurutnya, perkara itu sangat ditegah dalam Islam kerana dilihat sebagai mempersendakan ibadah solat demi meraih tontonan di media sosial.

“Secara asasnya, menghormati syiar-syiar agama seperti ibadah solat, puasa dan haji adalah diwajibkan kepada semua umat Islam.

“Umat Islam dilarang daripada menjadikan agama sebagai bahan gurauan dan jenaka, apatah lagi ia dibuat demi meraih tontonan dan mengikuti trend terkini,” katanya menerusi artikel terbaharu di Bayan Linnas Siri Ke-253, hari ini.

Katanya, agama Islam turut melarang umatnya daripada melakukan perbuatan bergurau senda dalam sesuatu ibadat kerana ia termasuk dalam sebahagian mempersendakan ayat Allah SWT.

Jelasnya, Imam al-Tabari membuktikan bahawa golongan munafik adalah sebahagian daripada golongan yang sering mengejek dan bermain-main dengan ayat-ayat Allah.

Oleh itu katanya, perlulah kita berhati-hati dalam setiap tingkah laku seharian, lebih-lebih lagi dalam perkara yang melibatkan agama supaya tidak tergolong dalam golongan yang munafik.

“Sesungguhnya kalimah solat kerap kali disebut di dalam al-Quran dan hadis yang melambangkan ia adalah sebuah ibadah yang agung lagi mulia sehingga dianggap tiang di dalam agama Islam.

“Oleh itu, sudah jelas lagi nyata bahawa fungsi solat itu merangkumi dua perkara iaitu mencegah perkara yang keji dan mungkar terutama sekali sesiapa yang sentiasa mengerjakan ibadah ini dengan berterusan,” katanya.

Baru-baru ini timbul isu di media sosial berhubung trend bersolat bersama kipas di mana kipas itu dipakaikan telekung atau pakaian solat lelaki bagi menunjukkan kipas tersebut adalah makmum atau imam kononnya adalah pasangan hidup mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya