‘Tragedi Sungai Kim Kim’ tidak akan berulang

‘Tragedi Sungai Kim Kim’ tidak akan berulang

ONN Hafiz Ghazi (tengah) mendengar penerangan mengenai Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Rancangan Tempatan Pasir Gudang 2030 di Pasir Gudang, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Kerajaan negeri komited untuk memastikan insiden pencemaran alam sekitar seperti di Sungai Kim Kim tidak lagi berulang khususnya di Pasir Gudang yang menempatkan banyak sektor perindustrian.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, melalui Rancangan Tempatan Pasir Gudang 2030, usaha itu akan memperlihat pembangunan kawasan industri secara terancang pada masa depan.

“Apa yang berlaku di Sungai Kim Kim adalah berbalik kepada struktur industri yang tidak terancang kerana kelulusan sebelum ini lebih tertumpu kepada plot-plot tertentu.

“Jadi kita rancang industri ini akan duduk dalam satu tempat di mana kawasan berkenaan akan memiliki pengurusan sisa pepejal dan sisa kimia yang teratur dan terancang. Sampah itu juga akan diproses menjadi sumber tenaga.

“Diperingkat kerajaan negeri khususnya Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), kita sedang lihat keseluruhan pembangunan sepuluh tahun akan datang,” katanya selepas Majlis Perasmian Program Publisiti Dan Penyertaan Awam yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Jafni, program itu akan disusun mengikut industri berlainan antaranya industri akuakultur, penempatan penduduk dan asrama penempatan pekerja asing. 

“Contohnya asrama itu kini ada di kawasan perumahan dan dalam industri. Jadi selepas ini kita selaraskan satu tempat yang lebih terkawal,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN