'Top 5 dah banyak kali bincang PRU-15'

‘Top 5 dah banyak kali bincang PRU-15’

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Lima jawatan tertinggi UMNO telah banyak mengadakan pertemuan berhubung tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mendedahkan butiran dan hasil perbincangan tersebut.

“Kami ikutkan Top 5 dah bincang banyak kali,” katanya ketika ditanya mengulas hasil perbincangan lima pemimpin tertinggi UMNO yang dikatakan berlangsung sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memaklumkan Top 5 UMNO akan membincangkan tarikh PRU-15 sebelum diputuskan tarikh pembubaran Parlimen.

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN memaklumkan, pihaknya berunding dengan semua parti Friends Of BN berkenaan agihan kerusi Parlimen bagi menghadapi PRU-15.

“Namun paling penting adalah meraih kemenangan dua pertiga Parlimen agar kerajaan tidak terganggu dan terancam.

“Hampir pasti berunding dengan semua pihak khususnya parti Friends Of BN yang selama ini banyak membantu parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Ulang Tahun Sambutan Barisan Nasional (BN) Ke-48 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya