Tiga maut Myvi bertembung treler

Tiga maut Myvi bertembung treler

NORAZAM KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga individu maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan treler di depan Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, kesemua yang maut membabitkan penumpang kereta termasuk pemandu.

Mereka yang maut iaitu B Janani Sri, 25, PS Thamilselvam, 25, dan PS Sasitaran, 18.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 4.30 pagi.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Perodua Myvi dan treler yang dipercayai berlanggar secara berhadapan.

“Perodua Myvi dalam perjalanan dari Rawang ke Serendah, manakala treler dari arah bertentangan. Punca kemalangan masih dalam siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Norazam, pihaknya mengeluarkan mangsa tersepit dan pasukan perubatan yang melakukan pemeriksaan mengesahkan semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu treler berusia 39 tahun tidak mengalami kecederaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN