Tiada kompromi terhadap PATI degil

Tiada kompromi terhadap PATI degil

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada lagi kompromi malah tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masih tidak mengambil peluang kembali ke negara asal mereka menjelang 12 tengah malam ini.

Menegaskan perkara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Program Rekalibrasi Pulang terhadap PATI dan tenaga kerja asing yang berada di negara ini telah dilaksanakan pada 16 November 2020.

“Hari ini, 30 Jun adalah hari terakhir untuk semua PATI dan tenaga kerja asing mendaftar pulang di mana ada yang diberikan kebenaran untuk bekerja semula dan ada yang memilih untuk pulang.

“Sesiapa sahaja lepas ini yang tidak pulang kita akan kesan melalui operasi secara besar-besaran oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Sebelum ini, seramai 282,581 PATI sudah berdaftar untuk pulang secara sukarela sehingga 23 Jun lalu.

Daripada jumlah itu, 243,279 individu sudah pulang ke negara asal masing-masing.

Program itu diperkenalkan tahun lalu bagi memberi peluang kepada PATI untuk pulang atau bekerja di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya