Terengganu benar korban, akikah di rumah

Terengganu benar korban, akikah di rumah

SELAIN di pekarangan rumah, Terengganu membenarkan ibadah korban dijalankan  di rumah sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), rumah sembelihan swasta yang berlesen, masjid, surau atau kawasan lapang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu membenarkan pelaksanaan ibadah korban dan akikah sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini di premis-premis termasuk di rumah.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail, selain di pekarangan rumah, ibadah itu boleh dilakukan di rumah sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), rumah sembelihan swasta yang berlesen, masjid, surau atau kawasan lapang.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Mufti Terengganu, Jabatan Kesihatan negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

“Pada tahun ini, jumlah ternakan untuk korban dan akikah di samping petugas terlibat tidak dihadkan.

“Sehubungan itu, kita minta semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan mana-mana masjid, surau atau premis yang ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dilarang membuat sebarang aktiviti sepanjang tempoh berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shaikh Harun berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan mengeluarkan garis panduan dan SOP pelaksanaan ibadah korban dan akikah yang lengkap untuk rujukan semua pihak.

Sementara itu, katanya, solat sunat Aidiladha boleh dilaksanakan di masjid atau surau mengikut SOP MAIDAM pada 20 Mac lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN