Tengku Zafrul tidak patut guna kedudukan menteri - Anthony Loke

Tengku Zafrul tidak patut guna kedudukan menteri – Anthony Loke

ANTHONY LOKE SIEW FOOK (kiri) dan TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mempersoalkan hasrat Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai ‘daerah angkat’ kementeriannya. 

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, ini kerana beliau tidak pernah mendengar mana-mana kementerian mengamalkan pendekatan ‘daerah angkat’ sepanjang menjadi ahli Parlimen sejak 2008. 

Sebaliknya, beliau berkata, sesebuah kementerian perlu merangka dasar dan menyampaikan perkhidmatan kepada seluruh negara dan bukan menumpukan kepada mana-mana kawasan tertentu.

“Tengku Zafrul tidak patut menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan untuk memberi kelebihan kepada dirinya bertanding dalam sesuatu kawasan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Semalam, media melaporkan, hasrat yang digariskan Menteri Kewangan itu bagi membolehkan daerah Kuala Selangor dimajukan semaksimum mungkin seiring dengan projek pembinaan stesen Jajaran Utara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Puncak Alam.

Mengulas lanjut, Anthony Loke menambah, kelulusan sesebuah stesen keretapi juga bukan di bawah bidang kuasa Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan. 

“Kelulusan untuk railway scheme adalah di bawah tanggungjawab Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pengangkutan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya