Tegas tangani pencerobohan perairan negara

Tegas tangani pencerobohan perairan negara

MIRO SIMUH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kerajaan perlu tegas membabitkan isu pencerobohan perairan negara oleh kapal Pasukan Pengawal Pantai China (CCG) dan Tentera Laut Pembebasan Rakyat China (Plan).

Ahli Dewan Undangan Negeri Serembu, Miro Simuh berkata, pihaknya pernah membangkitkan isu itu kepada kerajaan negeri Sarawak kerana merupakan satu masalah serius dan melibatkan isu kedaulatan serta keselamatan negara.

“Ia merupakan satu perkara serius, malah saya pernah menerima gambar-gambar yang menunjukkan kapal-kapal perang China ini telah berada di dalam perairan negara, persoalannya mengapa mereka begitu mudah menceroboh kedaulatan negara kita?

“Dimana APMM (Agensi Penguatkuasa Maritim) dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia), mengapa biarkan sempadan negara diceroboh. Ini bukan kapal biasa tapi merupakan kapal perang tentera asing?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pertengahan tahun lalu, Komander Pasifik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) pernah mengutuk tindakan pesawat tentera China yang di dakwa dengan sengaja terbang di perairan Malaysia sehingga memaksa TUDM mengerah pesawat pejuangnya untuk membuat pintasan.

Tindakan itu disifatkan sebagai pencerobohan zon sempadan serta menggugat kestabilan dan meningkatkan ketegangan di rantau berkenaan.

Miro justeru itu mencadangkan kerajaan agar segera mengemukakan nota bantahan kepada ASEAN dan mengesa dialog antarabangsa diadakan bagi mengelakkan perkara yang sama berulang kembali di masa hadapan.

“Saya cadangkan kerajaan melalui Wisma Putra segera menghantar satu nota bantahan kepada ASEAN memandangkan merupakan pertubuhan diiktiraf serta mengemukakan bantahan kepada kedutaan China di negara ini. Ini bukan masanya untuk berdiam diri.

“Selain itu satu dialog khas juga perlu diadakan kerana ini merupakan satu isu penting bagi memastikan kedaulatan negara dapat dikekalkan. Apa yang penting ASEAN perlu bertindak dengan lebih tegas lagi,” ujarnya lagi.- UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN