Tajuddin sah terima jemputan terima watikah esok - Utusan Malaysia

Tajuddin sah terima jemputan terima watikah esok

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menerima watikah pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Beliau berkata demikian menerusi WhatsApp kepada Utusan Malaysia, sebentar tadi.

“Sah terima jemputan menghadap, istiadat penyampaian watikah pelantikan,” katanya ringkas.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata, yakin menggalas tugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia berdasarkan pengalaman dalam politik dan sektor korporat.

Menurut Tajuddin, kritikan pihak tertentu berkaitan pelantikannya itu disebabkan mereka tidak mengetahui latar belakang beliau yang merupakan ahli perniagaan dan ahli politik sejak berusia 25 tahun.

“Mereka kata saya tiada kualiti (sebagai duta) sedangkan mereka tidak tahu pun latar belakang saya. Saya masuk dunia perniagaan ketika berusia 25 tahun, begitu juga politik. Saya ada lebih 40 tahun pengalaman untuk dua bidang itu.

“Dalam politik, saya menjadi wakil rakyat ketika berusia 56 tahun iaitu pada 2004 sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Umur yang saya kira cukup matang untuk seorang pemimpin sebelum tiga penggal lagi sebagai Ahli Parlimen pada 2008,” katanya dilapor sebelum ini.

Lantikan Tajuddin itu akan menggantikan Zainal Abidin Bakar yang telah berkhidmat sebagai duta sejak 2018 dan beliau dijangka memegang jawatan pada akhir bulan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya