Tajuddin digugurkan kerana kritik parti - Ahmad Zahid

Tajuddin digugurkan kerana kritik parti – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengguguran Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO antara lain dipercayai berpunca akibat kritikannya terhadap parti.

Bayangan itu diberikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, namun beliau enggan mengulas secara terperinci mengenainya.

Katanya, pengguguran Tajuddin dibuat mengikut peraturan dan Perlembagaan parti.

“Saya fikir kena tanya Tajuddin sendiri kerana itulah yang sebaik-baiknya dan tidak adil untuk saya memberitahu umum.

“Tentunya beliau tahu apa yang telah dilakukan dari segi kenyataan-kenyataan, bahan-bahan ucapan atau ceramah dalam mesyuarat tertutup sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Penamatan pelantikan Tajuddin dilaporkan dalam surat bertarikh 21 Jun lalu, bagaimanapun, tidak dinyatakan mengenai punca pemecatannya.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu sebelum ini digugurkan sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO, malah sering dilihat bercanggah pandangan dengan kepemimpinan tertinggi parti termasuk dalam isu tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Ahmad Zahid, mana-mana pemimpin yang dilantik tidak boleh membuat rayuan jika digugurkan daripada jawatan.

Katanya, walaupun ahli MKT boleh berbeza pandangan dalam perbincangan, namun mereka perlu mematuhi segala ketetapan dan keputusan parti.

Dalam perkembangan lain, menurutnya, MKT UMNO akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan isu-isu penting termasuk politik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya