Suspek bunuh, kerat mayat ibu 15 cebisan dipercayai sakit mental - Utusan Malaysia

Suspek bunuh, kerat mayat ibu 15 cebisan dipercayai sakit mental

LOKASI kejadian seorang lelaki membunuh dan memotong mayat ibunya sehingga 15 bahagian di Taman Kerian, Parit Buntar, Perak, semalam. - FOTO/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Suspek kes bunuh dan mengerat mayat ibunya kepada 15 cebisan di Taman Kerian, Parit Buntar dipercayai mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, suspek lelaki berusia 42 tahun itu pernah menerima rawatan pesakit mental di sebuah hospital 20 tahun lepas dan setelah itu tidak pernah menerima apa-apa rawatan susulan.

Menurutnya, suspek dipercayai membunuh ibunya pada 28 atau 29 Mei lalu iaitu semasa salah seorang anak mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangan ibunya.

“Semalam pihak polis menerima panggilan daripada jiran suspek mengatakan bau busuk yang luar biasa dan polis ke tempat kejadian membuat pemeriksaan.

“Apabila pemeriksaan di belakang rumah, polis melihat ada papan lapis yang digunakan untuk menutup saluran menutup lubang najis, mayat mangsa ditemukan di dalam lubang najis di situ.

“Pihak Forensik menjalankan siasatan di tempat kejadian dan polis menemukan bukti yang digunakan oleh suspek antaranya peralatan untuk membunuh mangsa,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Kinta yang dilancarkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di sini hari ini.

Mior Faridalatrash berkata, terdahulu pada 28 Mei lalu, seorang daripada anak mangsa telah membuat laporan polis mengenai ibunya yang hilang.

Menurutnya, anak mangsa menghubungi ibunya itu setiap hari tetapi pada 28 Mei lalu, anak mangsa menghubungi ibunya namun panggilan telefon dijawab oleh suspek yang memberitahu ibu mereka keluar rumah dan tidak pulang.

Beliau berkata, ini menyebabkan salah seorang anak mangsa membuat laporan polis dan polis menjalankan siasatan sebagai orang hilang.

“Pegawai penyiasat telah pergi ke rumah berkenaan dan mendapati keadaan rumah itu tidak terurus kerana mangsa dan suspek terbabit dalam urusan barangan terpakai selain bau yang tidak menyenangkan.

MIOR Faridalatrash Wahid ditemui pemberita di Ipoh hari ini. – UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

“Namun, semalam selepas menerima aduan bau busuk daripada jiran, polis sekali lagi ke rumah suspek dan menemukan mayat mangsa dalam keadaan dikerat dalam lubang najis.

“Suspek dipercayai mengetuk kepala mangsa sebelum mengerat mayat ibunya,” katanya.

Menurutnya, mangsa berusia 68 tahun, suspek berusia 42 tahun dan mereka tinggal berdua.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berpunca daripada pembahagian harta menyebabkan suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa.

Katanya, kes disiasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Suspek tiada rekod jenayah dan sudah ditahan semalam dan polis membuat permohonan tahanan reman terhadap suspek pagi ini.

“Kita anggap kes ini selesai dan kita akan rujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapat arahan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN