Suruhanjaya Penerbangan lantik dua anggota baharu

Suruhanjaya Penerbangan lantik dua anggota baharu

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan pelantikan semula seorang anggota Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan dua lantikan baharu berkuat kuasa pada Mac serta Jun lalu. 

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, Datuk Seri Long See Wool dilantik semula sebagai anggota MAVCOM berkuat kuasa 1 Mac lalu sehingga 28 Februari 2025.

Beliau berkata, See Wol yang juga bekas Ketua Setiausaha MOT dilantik sebagai anggota MAVCOM sejak 2016 dan mempunyai pengalaman luas dalam industri penerbangan. 

“Dua lantikan baharu MAVCOM ialah Datuk Roger Tan Kor Mee dan Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad berkuat kuasa 8 Jun lalu sehingga 7 Jun 2025. Kor Mee ialah peneraju Tetuan Roger Tan & Partners (RTNP) dan merupakan ahli Majlis Peguam. Wan Kamaruzaman pula pernah menjawat sebagai ahli lembaga pengarah bagi  beberapa entiti korporat utama di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya, beliau memberi jaminan bahawa operasi dan pentadbiran MAVCOM diteruskan tanpa henti di bawah kepimpinan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Saripuddin Kasim dan anggota suruhanjaya lain. 

Ka Siong berkata, ahli suruhanjaya lain termasuk Ketua Setiausaha MOT, Datuk Isham Ishak dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Saiful Anuar Lebai Hussen. 

Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada Datui Mah Weng Kwai dan Datuk Fauziah Yaacob di atas sumbangan mereka menjadi anggota suruhanjaya sejak 2016. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN