Sub Inspektor direman bantu siasatan kes rasuah

Sub Inspektor direman bantu siasatan kes rasuah

ANGGOTA polis yang dipercayai meminta dan menerima rasuah diiringi pegawai SPRM direman seminggu di Mahkamah Sungai Petani, Kedah. - FOTO/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah sebanyak RM2,750 sebagai habuan menyerahkan kembali barang kes yang diarah mahkamah untuk dipulangkan semula kepada pengadu.

Anggota berumur 52 tahun itu ditahan sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 4.20 petang semalam di pejabatnya di Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di Alor Setar. 

Perintah reman sehingga Khamis depan terhadap anggota polis itu dikeluarkan oleh Majistret B. Sri Pracha Nanthini di Mahkamah Sungai Petani, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan siasatan keatasnya dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Kata Shaharom, seorang lagi lelaki berumur 66 tahun yang merupakan pemilik sebuah kedai pajak di Sungai Petani yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan turut ditahan.

Pemilik kedai pajak itu ditahan pada pukul 1.25 petang ini dan kini dalam proses permohonan reman untuk membantu siasatan di bawah seksyen sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya