Suami isteri maut motosikal terbabas

Suami isteri maut motosikal terbabas

KEADAAN motosikal ditunggang pasangan suami isteri yang maut selepas terbabas dan melanggar papan tanda amaran di KM 11.5 Jalan Banting - Dengkil di Kuala Langat, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Sepasang suami isteri Orang Asli maut motosikal yang ditunggang mereka hilang kawalan dan terbabas di Kilometer (KM) 11.5 Jalan Banting – Dengkil, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.05 pagi itu, kedua-dua mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dikatakan melanggar papan tanda selepas hilang kawalan ketika dalam perjalanan dari arah Dengkil menuju ke Banting.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata, pasangan berusia 16 tahun dan 21 tahun itu disahkan maut di tempat kejadian.

“Penunggang motorsikal iaitu lelaki berumur 21 tahun manakala pembonceng berumur 16 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau meminta saksi yang melihat kemalangan atau mempunyai maklumat kejadian menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621.

Saksi juga boleh terus menghubungi pejabat Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN