SPRM siasat penyelewengan dana bantuan di Kedah - Utusan Malaysia

SPRM siasat penyelewengan dana bantuan di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat satu kes melibatkan penyelewengan dana bantuan pakej rangsangan ekonomi di negeri ini.

Sumber memaklumkan, langkah itu turut melibatkan siasatan terhadap portfolio dipegang salah seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

“Siasatan telah berjalan, namun masih di peringkat awal. Setakat ini, siasatan melibatkan kes pada 2020.

“Sehingga kini difahamkan pihak berkuasa masih belum mengambil keterangan daripada Exco terbabit, namun kemungkinan untuk berbuat demikian memang ada,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN