sokong Pahang

Sokong diyat Pahang – Idris

KERAJAAN negeri Pahang menerima peruntukan daripada kerajaan persekutuan sebanyak RM60.4 juta untuk disalurkan kepada imam, guru Takmir dan Kafa serta pegawai masjid di seluruh Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan Pusat menyambut baik usaha kerajaan Pahang yang merancang  mengetengahkan pelaksanaan hukuman ‘diyat’ dalam sistem keadilan negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, kajian dan perbincangan sedang dilakukan jawantakuasa khas yang ditubuhkan di peringkat negeri itu sebelum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Menurutnya, setakat ini diperingkat kerajaan, perkara tersebut masih dalam perbincangan awal namun ia dilihat bakal mempunyai kesinambungan dalam undang-undang di peringkat Persekutuan.

“Difahamkan di Pahang sudah ditubuhkan jawatakan khas yang menguruskannya, manakala di pihak kerajaan juga sudah menerima beberapa cadangan agar mempertimbangkan konsep diyat ini untuk digantikan dengan hukuman gantung.

“Terdahulu perkara ini menjadi satu pendidikan yang selama ini kita dapat dalam kitab sahaja dan Insya-Allah, kita harap ia akan menjadi realiti.

“Dengan itu, di peringkat Persekutuan perlaksanaan ini akan diuruskan menteri di bahagian dasar undang-undang di Jabatan Perdana Menteri dan dari situ mereka akan membuat perbincancang serta kajian dengan merujuk kepada mana-mana kerajaan negeri yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Multaqa Murabbi Ummah (MMU) Peringkat Negeri Pahang di sini semalam. 

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad sebagai wakil rasmi Menteri Besar Pahang.

Dalam pada itu, Idris berkata, kajian dan perbincangan mendalam melibatkan semua pihak perlu dilakukan terlebih dahulu bagi menentukan penyelaras undang-undang itu kelak.

Sementara itu, dalam majlis tersebut lebih 500 peserta hadir terdiri daripada para Imam, Guru Takmir, Guru Kafa dan pegawai-pegawai masjid di seluruh negeri.

Kerajaan negeri turut menerima peruntukan sebanyak RM60.4 juta untuk disalurkan kepada mereka.

Selain itu, melalui Yayasan Taqwa (MAIWP) disampaikan sumbangan sebanyak RM561,550 bagi proses bina dan baikpulih 87 masjid dan surau di 11 daerah Pahang yang terjejas banjir. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN