sindiket tumpas

Sindiket Rekalibrasi Tenaga Kerja tumpas, kaut untung lebih RM6 juta

KHAIRUL Dzaimee Daud menunjukkan pasport yang dirampas dalam sidang akhbar berkenaan Sindiket Agensi Pekerjaan Haram di Jabatan Imigresen, Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Berselindung di sebalik syarikat pembinaan dan agensi pekerjaan haram, namun mengaut keuntungan lebih RM2 juta menerusi sindiket Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK). 

Itu modus operandi sindiket RTK didalangi seorang lelaki warga Bangladesh berstatus pemegang Pemastautin Tetap (MyPR) sejak dua tahun lalu. 

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kegiatan sindiket itu berakhir apabila dalang berusia 35 tahun itu ditahan bersama tiga lelaki warga Bangladesh beserta dua wanita tempatan dalam serbuan Rabu lalu. 

Beliau berkata, kesemua mereka berusia antara 36 hingga 52 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua premis masing-masing di Jalan Lumut, Kuala Lumpur dan Pandan Cahaya, Ampang, Selangor. 

“Dalam serbuan pertama di Jalan Lumut itu, kami berjaya menahan dalang sindiket itu bersama isterinya, warga tempatan dan  seorang pekerja warga Bangladesh. 

“Siasatan mendapati, sindiket itu mula beroperasi sejak dua tahun lalu dan mengenakan bayaran antara RM3,500 hingga RM4,200 bagi setiap permohonan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. 

Khairul berkata, dalam serbuan kedua di Pandan Cahaya, tiga lagi ditahan masing-masing seorang lelaki warga Bangladesh bersama isterinya, warga tempatan dan seorang pekerja warga Bangladesh. 

Katanya, serbuan berjaya merampas 488 pasport antarabangsa, 12 cap syarikat, dua set komputer, wang tunai berjumlah RM38,308. 

Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.

Siasatan mendapati, dalang sindiket mula memasuki Malaysia sebagai pekerja asing pada 2010 sebelum berkahwin dengan wanita tempatan pada 2015 dan memperoleh MyPR pada tahun yang sama.

“Jika didapati bersalah, kami boleh batalkan  taraf MyPR lelaki warga Bangladesh itu sebelum diusir dan disenarai hitam untuk masuk ke negara ini,” katanya. 

Katanya, kesemua yang ditahan dihantar ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut. 

Pada masa sama, Khairul berkata, JIM ingin menegaskan bahawa jabatan tidak pernah melantik mana-mana individu atau agensi dalam urusan RTK. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN