Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia tiba di Malaysia

Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia tiba di Malaysia

IDRIS Ahmad menyambut ketibaan Muhammad Abdul Karim Issa di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor. - IHSAN JAKIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia (MWL), Sheikh Dr. Muhammad Abdul Karim Issa  tiba di negara ini semalam dari Mekah, Arab Saudi.

 Tokoh Islam terkenal itu disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor.

 Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, Muhammad bakal menghadiri Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 pada 30 Jun.

 “Beliau akan berkongsi idea dan pandangan bernas dalam memperkukuh keharmonian serta keamanan di seluruh rantau Asia Tenggara,” jelasnya menerusi kenyataan di sini hari ini.

 Persidangan khas yang melibatkan penyertaan wakil dari 20 negara itu berlangsung di Subang Jaya, Selangor serta turut diharap dapat meningkatkan lagi semangat toleransi Islam.Program dianjurkan oleh Jakim dan MWL itu juga, ujar Hakimah, bakal menekankan nilai kesederhanaan, pengukuhan nilai persahabatan dan kerjasama tinggi dalam kalangan ummah.

 Selain itu, persidangan tersebut diharap mampu menyebarkan kesedaran terhadap konsep kesatuan, keadilan dan keharmonian antara pemimpin dan masyarakat secara keseluruhan.

Muhammad amat disegani pelbagai pihak termasuk komuniti Barat kerana pengalaman luasnya sebagai bekas Menteri Keadilan Arab Saudi dan Presiden Organisasi Halal Antarabangsa. Berasal dari Riyadh, Arab Saudi dan kini baru berusia 57 tahun pada 10 Jun lalu, beliau ialah graduan Fiqh Islam Perbandingan di Universiti Islam Imam Muhammad Saud juga di Riyadh. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya