Dr. Mahathir: Mereka hanya mahu tukar PM, bukan mentadbir negara

Dr. Mahathir: Mereka hanya mahu tukar PM, bukan mahu mentadbir negara

dr. mahathir
MAHATHIR Mohamad hadir bagi sesi temu bual saksi untuk jawatankuasa kecil Tort of Misfeasance diJabatan Peguam Negara, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tanpa menyebut parti mana, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis mengatakan mereka hanya tahu tukar Perdana Menteri tetapi bukan mahu mentadbir negara.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menggesa Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya sebagai presiden secara terhormat demi kepentingan parti.

Beliau berkata, nampak banyak perkara berlaku yang disembunyikan dari rakyat dan ada pakatan-pakatan untuk mengusahakan adakan seorang Perdana Menteri baharu.

“Mereka main isu tukar Perdana Menteri. Itulah kerja mereka. Bukan nak tadbir negara,” katanya yang ditemui selepas sesi temu bual saksi untuk jawatankuasa kecil Tort of Misfeasance di bawah pasukan petugas khas semakan undang-undang kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Pejabat Peguam Negara, hari ini. 

Media semalam melaporkan Tajuddin yang juga Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu turut mendedahkan Ahmad Zahid mengetuai bagi menandatangani akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Pendedahan ini susulan Tajuddin digugurkan daripada ahli MKT UMNO menerusi surat yang dikeluarkan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 21 Jun lalu.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, sikap dan pendirian Tajuddin yang bercanggah dengan parti antara punca Ahli Parlimen Pasir Salak itu digugurkan.

Bagaimanapun, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, menyifatkan tindakan menggugurkan ahli MKT sebelum tamat penggal perkhidmatan hanya membawa parti ke arah krisis dan perpecahan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN