Seksi? Saya tahu batasnya - Emma Maembong - Utusan Malaysia

Seksi? Saya tahu batasnya – Emma Maembong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAMA Emma Maembong kembali panas. Dia dikatakan semakin berani dan berpenampilan seksi terutama selepas melahirkan putera sulungnya, Shariq Gabriel.

Emma juga menjadi sasaran netizen kononnya dia tidak sensitif dan ruang komen Instagramnya juga dibanjiri dengan kecaman yang kononnya berdiri sebagai nasihat kepadanya.

Tidak hanya dia menjadi sasaran, anaknya juga tidak terlepas daripada ‘hukuman dunia’ yang dijatuhkan oleh segelintir netizen. Jawablah mendapatkan Emma.

Segelintir netizen seperti tidak sudah mencari salah Emma. Terbaharu, Emma dikatakan semakin seksi? Pendapat Emma bagaimana?

Sebenarnya saya pakai apa selesa. Saya memang begini sejak zaman remaja lagi. Saya fikir tak perlulah nak ubah semata-mata kerana sudah berkahwin dan ada anak. Biarlah saya jadi diri sendiri sahaja.

Saya hanya menghargai diri sendiri. Kalau ada yang tak suka, tak apa. Saya cuba sedayanya untuk positifkan diri. Doakan yang baik-baik ya.

Isu buka tudung masih menjadi bahan untuk segelintir netizen mengecam Emma. Sedangkan isu itu sudah lama berlalu. Malah ramai juga yang meminta agar Emma kembali bertudung, komen?

Saya ini perempuan, satu hari memang saya akan berhijab juga. Insya-Allah saya akan berubah. Terus doakan saya.

Tidak hanya Emma yang jadi sasaran, Shariq juga terkena tempias.

Saya mohon, janganlah kaitkan dengan anak saya. Saya masih tahu batas sebagai seorang isteri dan ibu. Lagipun, seperti jawapan tadi, saya cuma jadi diri sendiri.

Saya pun takkan nak memakai bikini jika bercuti di pantai sebagai contoh. Saya pun tahu batasannya. Cuma sekarang biarlah saya menghargai diri dengan memakai apa yang saya nak.

Emma ‘berdendam’ tak dengan netizen apabila sering menjadi sasaran mereka?
Tidaklah. Saya sekarang ambil pendekatan untuk buat tak tahu sahaja. Lebih baik jaga kesihatan mental dan wujudkan persekitaran positif untuk anak saya. Zaman saya nak bergaduh dan berperang dengan netizen sudah berakhir.

Kalau dulu bila orang kecam kita rasa nak lawan balik. Yelah, darah muda. Tetapi saya semakin matang dalam mengendali situasi itu. Saya cuba jadi yang terbaik untuk keluarga.

Maksudnya Emma lebih rela biarkan sahaja semua kecaman itu?
Saya rasa sekarang emosi saya untuk anak sahaja. Saya sudah ‘kering’ emosi untuk melayan orang lain. Lebih baik saya fokus anak sahaja.

Saya banyak belajar daripada pengalaman. Dulu mungkin saya dilihat lantang bersuara, tetapi sekarang tidak lagi. Fokus hidup masing-masing sahaja.

Cakap soal anak, ada perancangan untuk tambah cahaya mata kedua?
Saya memang mencuba untuk mendapatkan anak kedua tetapi belum ada rezeki lagi. Jujur cakap, saya memang nak tambah anak. Saya datang daripada keluarga besar.

Ada 11 adik beradik dan beza kami hanya setahun sahaja setiap satu. Saya sendiri sukakan kanak-kanak, jadi memang hendak anak ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.