'Saya belum jumpa Zuraida'

Saya belum jumpa Zuraida – PM

zuraida
ZURAIDA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum bertemu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin untuk berbincang mengenai kedudukannya dalam Kabinet. 

Katanya, Zuraida masih bercuti dan belum ada tarikh untuk mengadakan pertemuan.

“Saya belum jumpa Zuraida. Beliau masih bercuti. Tarikh perjumpaan antara saya dengan Zuraida akan diberitahu kemudian,” katanya. ketika menghadiri sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di Taman Tugu, di sini hari ini.

ISMAIL SABRI YAAKOB

Zuraida sebelum ini mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). 

Kedudukan beliau sebagai menteri sekali gus menjadi tanda-tanya apabila Bersatu mendakwa pelantikan beliau adalah atas kuota parti itu.

Sebelum ini, Ismail Sabri ketika ditanya tentang jawatan Zuraida berkata, Ahli Parlimen Ampang itu masih menganggotai Jemaah Menteri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN