Sawa kenyang telan tiga ekor ayam ditangkap APM - Utusan Malaysia

Sawa kenyang telan tiga ekor ayam ditangkap APM

ANGGOTA APM Daerah Kulim menunjukkan ular sawa yang menelan tiga ekor ayam yang berjaya ditangkap di Bandar Putra, Kulim di sini hari ini. -UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang lelaki terkejut menemukan seekor ular sawa kekenyangan selepas menelan tiga ekor ayam sebelum haiwan itu ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kulim di Bandar Putra, di sini hari ini.

 Ular sawa sepanjang 1.5 meter dengan berat kira-kira 10 kilogram ditemukan dalam reban ayam milik seorang peniaga berusia 31 tahun yang datang membuka premisnya pukul 7.45 pagi ini.

Pegawai APM Daerah Kulim, Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab. Aziz berkata, pengadu memaklumkan dia terdengar bunyi bising ayam di reban serta salakan anjing dalam sangkar yang terletak di belakang premis perniagaannya.

Menurutnya, lelaki itu kemudian meninjau ke rebannya yang mempunyai  enam ekor ayam sebelum terkejut ternampak  seekor ular sawa berada di dalam reban ayam tersebut.

“Pengadu menghubungi APM yang mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular itu,” katanya di sini hari ini.

Kata Mohd. Faizol, ular sawa itu dibawa ke Pejabat APM Daerah Kulim sebelum dihantar ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah untuk tindakan lanjut.

“Pada bulan Jun ini sahaja, kira-kira 47 kes tangkapan ular dilaporkan dalam daerah ini melibatkan ular berbisa dan ular tidak berbisa,” ujarnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN