'Sakit mata' lihat sisa kelapa di luar tong

‘Sakit mata’ lihat sisa kelapa di luar tong

PEKERJA MDT menjalankan tugas-tugas pembersihan sampah di Kampung Chenderong Batu, Tumpat, Kelantan. - IHSAN MDT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Sikap segelintir peniaga kelapa yang membuang sisa buah itu di luar tong sampah dan tali air di Kampung Chenderong Batu, di sini bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah menyakitkan pandangan mata.

Tindakan itu secara tidak langsung boleh membangkitkan rasa mual dan loya kepada penduduk setempat untuk membuang sampah.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Setiausaha Majlis Daerah Tumpat (MDT), Mohd. Khairil Azmie Yusof berkata, pihaknya kesal dengan tindakan tersebut yang dilihat boleh menyusahkan dan mengganggu keharmonian penduduk di kawasan berkenaan untuk membuang sampah.

Katanya, peniaga terlibat sepatutnya mengisi sisa buah itu ke dalam guni atau plastik sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

“Tindakan ini memudah tugas pekerja pembersihan untuk melakukan kerja-kerja di kawasan berkenaan,” katanya ketika diminta mengulas kes tersebut yang tular dalam laman sosial Facebook kelmarin.

Mohd. Khairil Azmie berkata, susulan kejadian itu, MDT mengambil tindakan segera dengan membersihkan kawasan tersebut.

“Memandangkan kejadian ini kerap berlaku, MDT akan terus mengeluarkan kompaun kepada individu terlibat sekiranya berjumpa dengan anggota penguat kuasa.

“Setakat ini kita juga sudah mengenal pasti beberapa kawasan pembuangan sisa buah kelapa dalam keadaan sama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya