Rujuk PBT, Exco isu panggung wayang

Rujuk PBT, Exco isu panggung wayang

SITI ZAILAH MOHD. YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Pas Kelantan tidak pernah menyekat kewujudan panggung wayang tetapi bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Exco negeri.

Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, Pas melihat sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan mesti boleh membawa kesan positif kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Beliau berkata, Kelantan bukan tidak mahu mewujudkan panggung wayang untuk hiburan rakyat di negeri berkenaan, sebaliknya melihat terdapat perkara-perkara yang tidak dipatuhi sekiranya ia dibenarkan.

“Sebenarnya di Kelantan mempunyai peraturan tribunal, ada garis panduan membina panggung wayang. Bukan kita sekat, tapi apabila tak dipatuhi peraturan itu jadi itu mungkin jadi penyebab.

“Kita melihat dari sudut bagaimana setiap pembinaan program yang dibuat itu memberi kesan positif kepada masyarakat.

“Jadi, saya kira mungkin itu adalah PBT (bina panggung wayang) sebab ini di bawah PBT. Mungkin Exco PBT boleh jawablah pasal isu ni,” katanya dalam sidang akhbar sempena pelancaran Program Media #AnakMalaysiaSihat di pejabatnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ciapan bekas ketua pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khalid Ismath berkenaan tindakan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang menonton filem di sebuah panggung di ibu negara, baru-baru ini.

Tingkah laku Ahmad Fadhli itu mendapat teguran pelbagai pihak dengan ada yang menyifatkan tidak wajar beliau berbuat demikian.

Ini kerana, Pas yang dikatakan kuat mempelopori negeri Kelantan dengan mentadbir negeri mengikut lunas Islam, hingga mengharamkan pembinaan panggung wayang, namun, sikap yang ditunjukkan Ahmad Fadhli itu menggambarkan sebaliknya.

Khalid Ismath melalui ciapannya semalam berkata: “Di Kelantan, bila rakyat minta bina panggung wayang, Pas kata haram tetapi ulama Pas pergi tengok wayang di KL tak pula haram.”

Ciapan Khalid itu mendapat reaksi pantas daripada pengikutnya dengan ramai dalam kalangan mereka memberikan pendapat berbeza-beza.

Sebelum ini, Pemuda Pas menerusi hantaran di Facebook mempertahankan tindakan Ahmad Fadhli
apabila menyatakan tidak haram menonton wayang sebagaimana dilakukan Ketua Pemudanya itu.

Bagaimanapun pengendali laman sosial berkenaan yang dikenali sebagai Zack menjelaskan pendirian Pemuda Pas yang menyatakan panggung wayang tetap dikategorikan haram sekiranya tidak menepati syariat Islam.

Ahmad Fahli baru-baru ini menonton filem Mat Kilau yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara bersama beberapa rakannya.

Pada 18 Mei lalu, Pas melalui media sosialnya mengetengahkan filem berkaitan penentangan tokoh pejuang kemerdekaan Mat Kilau dalam melawan penjajah Inggeris. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya