Rogol gadis: Pemain bola sepak bebas dengan jaminan polis - Utusan Malaysia

Rogol gadis: Pemain bola sepak bebas dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pemain bola sepak di negeri ini yang ditahan selepas didakwa merogol gadis berusia 18 tahun dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Pemain berusia 28 tahun itu dibebaskan pada pukul 2.30 petang selepas direman selama empat hari bermula Isnin bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Tempoh reman suspek yang berakhir semalam disambung sehari lagi sebelum dia dilepas dengan jaminan polis.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kertas siasatan berkaitan dengan kes itu sudah dalam tindakan.

“Kita akan rujuk kes ini dalam masa terdekat kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pemain bola sepak dicekup selepas dipercayai merogol gadis di sebuah rumah di daerah ini pada Ahad lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN