RM44.05 juta baik pulih, bina semula rumah mangsa banjir Pahang - Utusan Malaysia

RM44.05 juta baik pulih, bina semula rumah mangsa banjir Pahang

WAN ROSDY Wan Ismail menyerahkan surat lantikan kepada kontraktor daerah Bentong dan Raub dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Majlis Perbandaran Bentong di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM44.05 juta bagi membina semula dan membaik pulih rumah yang mengalami kerosakan akibat banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini penghujung tahun lalu.

Peruntukan berkenaan diserahkan kepada kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan itu juga termasuk sumbangan daripada Kedutaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) selain peruntukan kerajaan negeri sendiri.

Katanya, peruntukan berkenaan melibatkan pembinaan 148 buah rumah baharu bernilai RM75,000 (tidak bertiang) dan RM100,000 (bertiang) serta proses baik pulih 3,948 buah rumah dengan anggaran kos sehingga RM15,000 sebuah.

“Kerja-kerja verifikasi dan pembaikan kerosakan rumah-rumah mangsa telah bermula seawal Januari tahun ini di mana sebahagiannya masih lagi berjalan dan dijangka selesai selewat-lewatnya pada Ogos depan.

“Kerja-kerja bina 148 buah rumah baharu pula akan bermula pada bulan ini dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya pertengahan September ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, pelbagai agensi yang terlibat dalam pelaksanaan kerja-kerja berkenaan iaitu Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Kerja Raya, Syarikat Perumahan Negara Berhad, PR1MA Malaysia, Felcra Bina dan Giat Mara.

“Kerajaan negeri juga telah melantik 90 kontraktor di seluruh Pahang buat masa ini bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut manakala 13 kontraktor lagi akan dilantik dalam masa terdekat.

“Pemantauan pelaksanaan akan terus dilaksanakan sehingga kerja-kerja pembinaan dan baik pulih rumah disiapkan dengan sempurna. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dalam soal kebajikan rakyat dan akan menyalurkan segala bentuk bantuan yang sewajarnya bagi membela nasib mereka yang memerlukan,” jelasnya.

Beliau dalam masa sama berharap agar bantuan yang diterima dapat membantu memberikan keselesaan sekali gus meringankan beban ditanggung mangsa yang terlibat bencana terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya