fbpx

Rina kongsi pengalaman bantu wanita kepada negara lain

Rina Mohd Harun ketika Sidang Kemuncak Wanita Global (2022 Global Summit of Women) di Bangkok, Thailand semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia berkongsi pengalaman bersama dunia di dalam usaha membantu golongan wanita negara ini yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Perkongsian itu disampaikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun kepada Jawatankuasa Wanita Global dan Kerajaan Thailand bersempena Sidang Kemuncak Wanita Global (2022 Global Summit of Women) di Bangkok, Thailand semalam.

Menurut Rina, beliau bangga menceritakan bagaimana menginspirasikan inisiatif itu ketika seluruh negara berada dalam tempoh sukar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Katanya, wujud 72.2 peratus wanita  terjejas pendapatan dan simpanan serta perkara itu amat merungsingkan beliau.

“Lantas saya bersama pengurusan tertinggi kementerian berbincang dan memulakan program Wanita [email protected] menerusi Jabatan Pembangunan Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Rina, inisiatif itu telah membantu wanita dalam mengatasi cabaran pasca wabak melalui sektor fomal menerusi peluang pekerjaan hasil kerjasama dengan syarikat-syarikat korporat.

Selain itu, kata beliau, pendekatan tidak formal pula iaitu menerusi peluang perniagaan dan keusahawanan dengan melibatkan kolaborasi dengan mentor-mentor keusahawanan.

“Melalui geran MyKasih [email protected] lebih 10,216 wanita telah menerima bantuan geran sebanyak RM500 untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan bimbingan mentor secara keseluruhan telah berjaya memberi peluang pekerjaan kepada 7,520 wanita.

“Di samping itu program tersebut juga  menyediakan 34,225 wanita dengan pengetahuan berterusan khususnya dalam pengurusan kewangan dan menyumbang untuk menjana hampir RM41 juta kepada ekonomi Malaysia.

“Wanita mesti sokong wanita. Agenda pemerkasaan wanita akan terus digemilangkan. Saya akan terus membantu yang terbaik,” ujarnya.

Kata Rina, meskipun bantuan bakul makanan diberikan di serata pelosok negara, namun ia mungkin dapat menampung keperluan keluarga setiap bulan.

“Saya melihat sendiri bagaimana wanita-wanita ini melalui tempoh sukar bersama keluarga lebih-lebih lagi dalam kalangan ibu tunggal,” katanya.- UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI