Reman pelakon tumbuk pengawal keselamatan tamat esok  - Utusan Malaysia

Reman pelakon tumbuk pengawal keselamatan tamat esok 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengumpul keterangan berkaitan penahanan seorang pelakon lelaki yang direman selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang lelaki di sebuah kondominium di Segambut dekat sini, Khamis lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji, perintah reman terhadap pelakon berusia 30-an itu akan tamat esok.

“Bagaimanapun kita akan lihat keperluan untuk sambung reman atau sebaliknya, bergantung kepada keterangan.

“Kita percaya berlaku perselisihan faham namun siasatan sedang dijalankan pihak polis,” katanya di sini hari ini.

Semalam Habibi dilaporkan berkata, kejadian berlaku ketika suspek yang juga penghuni kondominium berkenaan meminta rakannya untuk membeli minyak masak.

Kata beliau, ketika rakan suspek hendak menghantar minyak masak kepadanya, pengawal keselamatan di kondominium berkenaan tidak membenarkan rakannya itu masuk.

“Berlaku pertengkaran mulut di antara kawan suspek dan pengawal keselamatan di situ.

“Suspek kemudian turun ke tempat kejadian dalam keadaan marah terus menumbuk dan menendang muka, dada dan perut mangsa,” katanya.

Menurut beliau, mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, memberkas suspek di kediaman sama malam semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN