Redah asap tebal demi cari anak dalam kebakaran rumah

Redah asap tebal demi cari anak dalam kebakaran rumah

KEADAAN bahagian dalam rumah milik sebuah keluarga yang musnah 70 peratus akibat kebakaran di Taman Rambai, Alor Mengkudu di Alor Setar, di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Demi kasih dan sayang, sepasang suami isteri seakan ‘terlupa’ terhadap keselamatan diri sendiri apabila kedua-duanya menerpa masuk ke dalam rumah yang sedang terbakar untuk menyelamatkan nyawa anak perempuan mereka di Taman Rambai, Alor Mengkudu di sini, pagi ini.

Menurut Chew Tat Kim, 45, kejadian berlaku ketika dia bersama isteri, Ooi Lay Hong, 42, serta anak lelaki bongsu keluar bersarapan manakala anak perempuan mereka, Tracy Chiew Yen Thung, 16, tinggal di rumah.

CHEW TAT KIM

Begitu pun katanya, secara tiba-tiba dia menerima panggilan daripada jiran menyatakan rumahnya terbakar.

“Kami terus bergegas pulang dan sebaik sahaja tiba, pihak bomba baru sampai namun mereka tidak menyangka anak perempuan kami masih berada dalam rumah kerana pintu berkunci hingga menampakkan seolah-olah tiada orang di dalamnya.

“Selepas membuka kunci, saya bersama isteri terus masuk ke rumah untuk mencari Tracy. Pada akhirnya, Tracy ditemui di tingkat atas dan berjaya dibawa turun oleh pihak bomba,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Berikutan kejadian itu, Tracy terpaksa diberikan rawatan lanjut kerana mengalami sesak nafas akibat asap tebal manakala ibunya pula cedera kerana terpijak kaca ketika menerpa masuk ke dalam rumah tersebut.

Sementara itu Ketua Zon 1, Penguasa Kanan Bomba 1, Wan Mohd. Hamizi Wan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.28 pagi ini.

“Kami menerima laporan mengenai kejadian itu menerusi panggilan yang dibuat oleh orang awam ke talian kecemasan 999. Anggaran peratusan kemusnahan dianggarkan sebanyak 70 peratus.

“Kedua-dua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan lanjut dan setakat ini punca kebakaran masih disiasat,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya