Ramai muka baharu, pemimpin muda, bukti ahli PKR berani berubah

Ramai muka baharu, pemimpin muda, bukti ahli PKR berani berubah

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pelancaran LED Billboard Daerah Rembau dan Rentas NS Daerah Rembau dan Tampin di Rembau, Negeri Sembilan, hari ini. - FOTO/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Keputusan Pemilihan PKR 2022 baru-baru ini yang menyaksikan banyak jawatan diterajui pemimpin muka-muka baharu membuktikan ahli-ahli PKR berani berubah dan mahu mencorakkan sendiri masa depan parti mereka.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun juga berkata, senario berkenaan juga menunjukkan setiap ahli parti tidak terikat dengan mana-mana individu.

“Dalam Keadilan ini akan ada pembaharuan, mereka tidak terikat dengan kehendak individu-individu tertentu, mereka meraikan sendiri, mencorakkan sendiri parti ini, serahkan hala tuju selepas ini.

“Saya yakin kalau inilah caranya, inilah yang terbaik, kepemimpinan tidak boleh mengikat ahli-ahli bawahan untuk membuat perubahan yang mereka kehendaki,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran LED Billboard Daerah Rembau dan Rentas ND Daerah Rembau dan Tampin, di sini hari ini.

Aminuddin yang secara tidak rasminya telah memenangi jawatan Naib Presiden dalam Pemilihan PKR 2022 lalu menambah, kehadiran ramai muka baharu yang memenangi jawatan masing-masing juga merupakan kehendak ahli parti yang ingin melihat PKR tampil lebih ‘remaja’.

“Mereka berani berubah, tidak semestinya orang lama bertahan kerana kehendak ahli, sedia maklum ahli PKR kini mencapai 1.1 juta dan sebahagian besarnya adalah anak-anak muda.

“Mereka mempunyai hak menentukan masa depan mereka, mereka ingin pembaharuan, roh yang baharu, Naib Presiden pun saya seorang sahaja yang lebih usia 50 tahun, ini menunjukkan golongan muda mempunyai hak menentukan parti mereka sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya