Rakyat sudah sedar kerakusan PH selama 22 bulan

Rakyat sudah sedar kerakusan PH selama 22 bulan

 AHMAD YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pemerintahan selama 22 bulan Pakatan Harapan (PH) sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu sudah cukup menyedarkan rakyat mengenai kerakusan dan penipuan gabungan itu.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya berkata, kesedaran terhadap kebangkitan ummah itu memberi ruang kepada Pas dan rakan-rakan komponen Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) menyelamatkan negara daripada terus diseleweng.

“Oleh itu, gagasan penyatuan ummah yang menjadi teras kestabilan politik pada era pasca pandemik ini perlu diteruskan sekali gus menolak ‘Khemah Besar’. 

“Pas Kedah yakin prinsip penyatuan ummah ini akan terus memacu pentadbiran yang cemerlang di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri Kedah,” katanya di sini, hari ini.

Justeru, kata Ahmad, gagasan penyatuan ummah perlu terus disokong sebagai strategi ampuh untuk mendepani cabaran PRU15.

Jelasnya, pendirian tersebut selaras dengan kenyataan peringkat tertinggi Pas yang meletakkan keutamaan terhadap agenda menyatukan semua kumpulan berteraskan ikatan Melayu-Islam di samping tidak melupakan kepelbagaian kaum yang ada di negara ini.

“Kita percaya prinsip penyatuan ummah tersebut merupakan ramuan utama kerangka politik Islam sebagaimana yang disarankan dalam al-Quran dan telah diterapkan dalam kerangka Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). 

“Bahkan ia juga adalah asas yang meletakkan kepentingan Islam sebagai keutamaan sesuai dengan identiti Malaysia yang dijelaskan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya