Putin dakwa tentera Russia musnahkan pesawat Ukraine - Utusan Malaysia

Putin dakwa tentera Russia musnahkan pesawat Ukraine

PRESIDEN Russia, Vladimir Putin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Vladimir Putin mendakwa pasukan anti-pesawat Russia menembak jatuh puluhan pesawat Ukraine dan memusnahkannya dengan mudah.

Putin menerusi petikan ringkas wawancara mendakwa Russia berjaya mengatasi perkara itu dengan mudah dan sudah memusnahkan puluhan senjata berkenaan.

Agensi berita RIA memetik kenyataan Putin yang menjawab persoalan mengenai senjata dibekalkan oleh Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, rakaman wawancara yang disiarkan semalam menjelaskan Putin sebenarnya memberi maklum balas kepada soalan lain.

“Sistem anti-pesawat kami berjaya menembaknya dengan senang. Malah, puluhan berjaya dimusnahkan,” kata Putin.

Dilaporkan, jenis senjata tidak dapat dipastikan setakat ini.

Namun, Russia mendakwa pihaknya berjaya memusnahkan pesawat dan peluru berpandu yang diletakkan oleh tentera Ukraine. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN