ALOR SETAR: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) memerlukan sedikit masa lagi untuk diadakan kerana negara berada di landasan yang betul memulih dan mencerdaskan ekonomi termasuk di peringkat negeri-negeri. Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia juga sejajar dengan aspirasi dan permintaan rakyat kerana negara baru sahaja pulih daripada pandemik Covid-19. “Kita lihat prestasi ekonomi kita semakin baik dan sudah tentu kita memerlukan sedikit lagi…










