PRU-15: Bersatu Terengganu mahu tawan kubu BN

PRU-15: Bersatu Terengganu mahu tawan kubu BN

RAZALI IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yakin parti itu mampu melakukan kejutan dengan memenangi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 10 DUN yang bakal ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di negeri ini.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, Datuk Razali Idris berkata, parti itu mempunyai peluang cerah merampas DUN yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Katanya, Pas melalui perbincangan awal pengagihan kerusi bersetuju menyerahkan 10 kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen yang dikuasai BN kepada Bersatu meletakkan calon.

“Berdasarkan kepada situasi politik semasa dengan penolakan rakyat terhadap BN dan sokongan padu daripada penyokong Pas menerusi Perikatan Nasional (PN), Bersatu mampu mencapai kemenangan di beberapa DUN,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini, semalam.

Kerusi DUN yang bakal ditandingi Bersatu adalah Kuala Besut, Jertih, Hulu Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Telemung, Bukit Besi dan Kijal.

Razali memberitahu, parti itu akan mengetengahkan calon-calon yang diterima rakyat dan berintigeriti bagi menjamin kemenangan pada pilihan raya itu.

“Malah senarai calon Bersatu itu juga telah diserahkan kepada pimpinan Pas negeri untuk ditapis dan dipersetujui,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau berkata, Bersatu akan mempertahan kawasan Parlimen Hulu Terengganu dan meletakkan calon bertanding di Parlimen Besut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya