Presiden PBS sdia berundur tiga tahun lagi

Presiden PBS sedia berundur tiga tahun lagi

MAXIMUS Ongkili (tengah) semasa simbolik perasmian Persidangan Agung Tahunan Pergerakan Wanita dan Pemuda PBS di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatan presiden dalam tempoh tiga tahun lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu berkata, sepanjang tempoh itu, kepimpinan parti mempunyai masa yang mencukupi bagi mengenal pasti calon yang berkelayakan dan sesuai.

“Saya telah memberikan tempoh yang mencukupi kepada parti untuk mengenal pasti calon berpotensi untuk menerajui parti ini pada masa hadapan.

“Menerusi pemilihan parti yang berlangsung pada Khamis ini, ada kemungkinan calon berpotensi akan dikenal pasti.

“Saya memberi peluang kepada mereka membuktikan keupayaan dan kemampuan untuk memimpin parti ini pada masa akan datang,” katanya selepas merasmikan Persidangan Agung Tahunan Pergerakan Wanita dan Pemuda PBS ke-36 dan ke-37, hari ini.

Ahli Parlimen Kota Marudu itu berkata, beliau akan memegang jawatan Presiden sehingga kongres parti yang akan datang.

Namun, calon penggantinya akan dikenal pasti sebelum atau apabila tiba kongres yang akan datang.

Maximus mula menjadi ahli Parlimen di bawah payung PBS sejak 1995 dan mula menyandang jawatan sebagai Pemangku Presiden PBS pada 6 Januari 2017 sebelum mengambil alih jawatan tersebut secara rasmi pada Persidangan Agung Tahunan PBS pada November 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya