Potong separuh gaji menteri, timbalan menteri - Mohd.Shafie

Potong separuh gaji menteri, timbalan menteri – Mohd.Shafie

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mencadangkan gaji dan elaun menteri dan timbalan menteri dipotong separuh bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Beliau berkata, potongan gaji 25 peratus masih tidak memadai sebaliknya, jika boleh potonglah sehingga 50 peratus gaji menteri dan timbalan menteri.

Katanya, sudah tiba masa untuk mengkaji perbelanjaan berlebihan dalam pembayaran gaji atau elaun kepada Kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Langkah menaikkan elaun pengerusi FGV Berhad kepada 60 peratus tidak seharusnya dlakukan ketika negara sedang berhadapan dengan ketidakstabilan ekonomi.

“Kerajaan seharusnya melakukan pembekuan gaji dan bonus bagi pengurusan tertinggi dan lembaga pengarah syarikat-syarikat GLC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, itu antara langkah sementara yang perlu diambil untuk mengurangkan perbelanjaan.

Mengulas lanjut katanya, biarpun kerajaan perlu memberi bantuan jangka pendek seperti pemberian subsidi namun, kerajaan perlu tampil dengan pelan strategik jangka panjang untuk menangani isu keselamatan makanan yang sedang dihadapi.

Ketika ini, kerajaan membelanjakan RM77.3 bilion untuk pemberian subsidi namun, sebahagiannya memberi manfaat kepada golongan berpendapatan tinggi dan ia satu pembaziran.

Menurut Mohd. Shafie, peruntukan untuk subsidi pada tahun ini lebih tinggi daripada keseluruhan perbelanjaan pembangunan iaitu RM76.6 bilion dan keadaan itu tidak boleh berterusan.

Katanya, subsidi sedia ada perlu dirombak semula bagi memastikan ia disalurkan secara bersasar kepada ketua isu rumah yang benar-benar layak.

Jelas beliau, negara ini perlu melakukan reform bagi menambah baik dasar dan strategi untuk memastikan pemulihan ekonomi Malaysia berjalan lancar dan mampan agar dapat berdepan dengan cabaran dan krisis ekonomi di peringkat global. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya