Polis kesan remaja hilang - Utusan Malaysia

Polis kesan remaja hilang

ALI IMRAN NASERUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun disahkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Bandar Bukit Puchong 2, Puchong, awal pagi Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, Ali Imran Naseruddin dilaporkan kali terakhir dilihat menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) pukul 3.57 pagi, Khamis.

Beliau berkata, rakaman CCTV daripada pos pengawal menunjukkan remaja itu berjalan seorang diri keluar dari taman perumahan Nilam Terraces, Bandar Bukit Puchong 2.

“Ekoran kejadian itu, satu laporan polis dibuat ibu remaja berkenaan pada pukul 6.52 petang semalam di Balai Polis Bukit Puchong. Remaja itu kali terakhir dilihat memakai seluar jeans, t-shirt, jaket, bertopi, kasut jenis Nike warna hitam dan menggalas sebuah beg berwarna biru.

“Dia juga berketinggian lebih kurang 170 sentimeter, berambut lurus, pendek dan lebat warna hitam, kulit warna kuning langsat, kening tebal, mata sepet, bentuk badan kurus tinggi dan memakai cermin mata,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, hebahan orang hilang telah dilakukan Balai Polis Putra Perdana bagi mengesan remaja itu.

Wan Kamarul Azran berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Sarjan Nur Arfidah Mohamed di talian 012-7955961 atau balai polis terdekat.

Sebelum itu, ibu remaja tersebut dikenali Wan Esuriyanti Wan Ahmad berkongsi hantaran di Facebook mengenai kehilangan anak lelakinya itu.

Wan Esuriyanti turut berkongsi nombor telefonnya, 019-2216483 dan suaminya, 011-31770502 (Naseruddin) untuk dihubungi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN