Polis cari remaja 17 tahun  hilang sejak 20 Jun 

Polis cari remaja 17 tahun  hilang sejak 20 Jun 

REMAJA berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Sentul, Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang remaja berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Bandar Dalam, Sentul, di sini sejak 20 Jun lalu. 

Remaja itu yang dikenali sebagai Nur Hidayati Duwaijah Mazlan dikatakan keluar dari rumahnya untuk ke kedai. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima aduan daripada ibunya pada 21 Jun lalu kira-kira pukul 6.43 petang. 

Katanya, mangsa dipercayai keluar dari rumahnya pada hari kejadian kira-kira pukul 7.20 petang namun sehingga kini gagal dihubungi.

“Pengadu telah cuba menghubungi telefon bimbit milik mangsa namun gagal. 

“Menurut pengadu, kali terakhir anak perempuannya dilihat memakai baju berwarna merah dan seluar berwarna hitam manakala ketinggian mangsa adalah lebih kurang 145 sentimeter serta berkulit cerah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BEH ENG LAI

Tambahnya, mangsa berbadan sederhana dan kedua-dua mata adalah berwarna coklat. 

“Kehilangannya telah dihebahkan melalui Nur Alert,” katanya.

Polis Kuala Lumpur menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kehilangannya tampil memberikan keterangan ataupun menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Noramalin Md Jamil di talian 017-3185868 atau boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya