PM lancar mesin TBM ECRL pertama untuk pengorekan Terowong Genting - Utusan Malaysia

PM lancar mesin TBM ECRL pertama untuk pengorekan Terowong Genting

ISMAIL Sabri Yaakob (tiga dari kanan) menyempurnakan gimik perasmian mesin pengorek terowong (TBM) pertama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi kerja pengorekan Terowong Genting di Bentong, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan mesin pengorek terowong (TBM) pertama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi menandakan bermulanya kerja pengorekan Terowong Genting yang sepanjang 16.39 kilometer hari ini.

Pentauliahan mesin TBM yang pertama (TBM1) merupakan satu lagi pencapaian penting bagi projek ECRL, kerana mesin canggih buatan China itu adalah yang terbesar berbanding seumpamanya bagi kerja-kerja rel di Asia Tenggara.

TBM1 akan digunakan untuk menembusi Banjaran Titiwangsa di sepanjang kawasan Bukit Tinggi untuk menghubungkan Bentong di sini dengan Gombak, Selangor.

Mesin TBM1 direka khas untuk kegunaan dalam keadaan batuan keras dan dilengkapi dengan empat silinder tork.

Kepala mesin sahaja mempunyai berat 900 tan, panjang 25 meter dan pemotong mesin berdiameter 8.98 meter. Dengan gantri sokongan yang menempatkan bilik kawalan dan pencawang, seluruh mesin TBM1 mempunyai jumlah berat 1,600 tan dan berukuran 266 meter panjang.

Pada kapasiti pengorekan yang mempunyai purata antara 400 meter dan 600 meter sebulan, mesin TBM1 dijangka mengambil masa kira-kira dua tahun setengah hingga tiga tahun untuk melengkapkan penembusan Terowong Genting yang sepanjang 16.39 kilometer, menjadikannya terowong rel terpanjang di Asia Tenggara apabila siap kelak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya