Pihak desak PRU-15, usah perasan kuat - Pas - Utusan Malaysia

Pihak desak PRU-15, usah perasan kuat – Pas

AHMAD AMZAD HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pas menyindir pihak yang berterusan mendesak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat agar usah perasan yang parti mereka kuat.

Ahli Jawatankuasanya, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, perbuatan itu jelas menunjukkan sikap mementingkan diri kalangan pemimpin yang hanya mahukan kuasa dan jawatan.

Beliau yakin, situasi peratusan keluar mengundi rendah seperti yang berlaku di Johor dan Melaka semasa pilihan raya negeri (PRN) boleh berulang jika golongan berkenaan terus mendesak PRU15.

“Bagi saya kemenangan terbesar ialah kebajikan rakyat bukan soal kemenangan parti A, B atau C.

“Kalau kita tunjuk kepentingan diri berbanding rakyat, mungkin kita perasan sahaja yang kita kuat sedangkan rakyat sudah tidak berminat pun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan inovasi beca elektrik (e-Beca) di Dataran Shahbandar di sini hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan berbincang tarikh PRU-15 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat.

Ahmad Zahid turut menyatakan perjumpaan antara Ismail Sabri bersama ‘lima teratas’ bagi menentukan pembubaran Parlimen akan berlaku bila-bila masa sahaja.

Ahmad Amzad berkata, kebanyakan rakyat berharap PRU-15 dapat diadakan sehingga habis penggal kerana negara masih bergelut dengan isu sekuriti makanan dan kenaikan harga barangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya